Benarkah Ekonomi Kita Sedang Meleset?!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera sahabat-sahabat dan pengunjung sekalian. Setelah sekian lama saya tak update kat sini, hari rasa terpanggil plak nak post serba sedikit apa yg berlaku pada pagi ni.

Hari ni agak terlewat sikit bangun pagi, berikutan banyak web yang perlu disiapkan segera! So, alkisahnya terpaksalah bersengkang mata hingga 3-4 pagi baru bleh tidur...

Ok, berbalik pada halnya pagi ni, tak berapa selera nak sarapan so keluar pegi warung beli roti telur dan roti canai, kiranya awal lagi time keluar tu, baru jam 8 pagi... tapi... mak ai! ramai sungguh orang kat warung roti canai sampaikan saya kena tunggu lebih dari 30 minit (1/2 jam)!!! sampai berpeluh-peluh... Saya pun terfikir, "benarkah ekonomi sedang meleset?" kalau benar ekonomi meleset kenapa ramai sangat yang makan kat warung? siap ada yg bungkus nasi, bungkus lauk, bungkus air, bungkus kuih... kenapa tak masak aja sendiri kat rumah? Kata nak jimat cermat?

Kesimpulannya bagi saya, biarlah macam mana sekalipun keadaan ekonomi global, kita tak kisahhhh.... itu baru satu kes, ada macam2 lagi yg boleh kita perhatikan...

Baiklah, apapun kesimpulannya, terserah pada masing-masing individu...

Kini saya sedang siapkan blog terbaru saya http://rawatanalhusna.blogspot.com khas untuk masyarakat yang perlukan rawatan secara alternatif Islam dan Tradisional Melayu.

So, jumpa lagi di lain ketika, maaf kerana penulisan yg agak berterabur sebab belum sarapan lagi...

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah!

Bisnes TERHEBAT Baru Lancar Disember 2013