Bengkel Surat Jualan Kini Dibuka!


Sekadar nak bertanya pada anda yang membaca artikel ini.
Pernah dengar pasal surat jualan tak?

Sebenarnya surat jualan adalah nama lain bagi 'salesletter'.

Surat jualan sebenarnya adalah teks pada muka utama sesuatu laman web khususnya laman web mini (minisite). Kalau anda seorang IM atau usahawan internet, anda pasti pernah membaca laman web yang berjela-jela panjangnya menceritakan sesuatu produk.

Itulah surat jualan!

Surat jualan ni penting. Sebabnya ia ditulis untuk memujuk seramai mungkin orang untuk membeli produk yang dijual pada laman web tersebut.

Namun, awas!

Jika tersilap langkah, penjual mungkin akan kehilangan jualan yang banyak - disebabkan
kelemahan demi kelemahan yang ada pada satu-satu surat jualan.

Jangan sampai lemahnya surat jualan tersebut 'membunuh' jualan anda hingga langsung TIADA
jualan atau menghasilkan jualan yang CIPUT sahaja!

Antara ciri-ciri surat jualan yang bermasalah yang boleh menyebabkan kadar jualan diraih
sangatlah rendah, adalah:

1. Format laman web yang menyakitkan mata.

2. Surat jualan yang hanya syok sendiri. Bukannya ditujukan pada pelawat-pelawat web tersebut.

3. Surat jualan yang tidak menggunakan elemen asasnya seperti button membeli, headline dan
sebagainya.

4. Headline dan ayat yang merapu tanpa arah.

5. Surat jualan yang ditulis secara mendatar tanpa berjaya mempengaruhi pelawat sama ada
emosi, psikologi mahupun rasional.

6. Surat jualan yang ditulis tanpa research dan kajian.

7. Surat jualan yang tidak menekankan aspek faedah dan bagaimana ciri-ciri produk boleh
membantu bakal pelanggan menyelesaikan masalah mereka.

8. Tidak tahu format yang paling sesuai untuk menulis surat jualan.

PS : Kalau nak saya cerita pasal surat jualan ni, memang sampai bila pun tak habis. Ini kerana ia memerlukan perbahasan dan perbincangan yang panjang di samping perlukan penerangan yang
detail.

Oleh itu, apa kata jika anda belajar sendiri surat jualan dengan menghadiri bengkel anjuran
salah seorang rakan saya (Mawardee) yang akan diadakan pada bulan depan:

Yang bestnya, bengkel ini juga akan mendedahkan teknik-teknik terbaru dalam penulisan surat jualan yang berkesan dan terbukti memberikan kadar jualan yang memuaskan di internet!

Setahu saya, bengkel ini hanya dihadkan kepada 40 orang sahaja. Jadi, jom sertai bengkel yang bakal diajar oleh tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam dunia penulisan salesletter.

Sekali lagi, ini linknya:

Semoga ini akan membantu anda menghasilkan surat jualan yang efektif untuk kejayaan
perniagaan internet anda.

Yang ikhlas,

Zaki Harun @ mzniaga

Comments

Popular posts from this blog

Bisnes TERHEBAT Baru Lancar Disember 2013

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah!